- Teori pertama ialah "Pertembungan Peradaban" yang dibangunkan oleh George W. Bush secara peribadi, dan menjadi sandaran Bush dalam melakukan serangan terhadap dunia Islam.
- Teori kedua ialah "Kesudahan Sejarah".
Mengimbas kembali peristiwa keganasan pada hari Selasa 11 September 2001.Hari ini merupakan suatu hari yang biasa sahaja di kota raya New York,Amerika Syarikat.Mereka memulakan hari mereka itu dengan kesibukan berkerja pada awal minggu.Beberapa buah pesawat penumpang mula menerbangkan penumpang-penumpang mereka ke destinasi-destinasi setempat mahupun luar negara. Di antaranya ialah ,dua pesawat iaitu dari United Airlines (UAL) dan American Airlines (AA)yang terlepas dari pantai timur USA.Tidak lama kemudian ,radio dan televisyen memberitakan tenteng kemalangan yang terbesar,yang telah berlaku di salah satu menara World Trade Center (WTC), New York.Alangkah terkejutnya bila semua gambar sebuah pesawat 747 dari AA telah merempuh menara pencakar langit yang canggih itu.disiarkan di kaca televisyen seluruh dunia.Krew televisyen CNN,AP,ABC Dan lain-lain telah merakamkan secara ‘’live’’!
Presiden Amerika Syarikat ,George Bush telah mengklafikasikan bahawa militan-militan Islam Al- Qaeda di sebalik Taliban di Afghanistan sebagai pengganas-pengganas yang bertanggjawab melakukan jenayah ini.
Persoalannya kenapa sejak akhir-akhir ini,keganasan semacam itu sering dikaitkan dengan umat islam?
- Pertamanya, hanya pengganas-pengganas Islam yang dikaikan dengan agama. Tidak pernah ada sesiapa yang bercakap tentang pengganas di Ireland Utara, Sri Langka, Jerman dan negara-negara lain. Tetapi, sekiranya mereka muslim, mereka akan dipanggil pengganas.
- Kedua, ramai orang islam terlibat dalam keganasan kerana pada masa kini, umat Islam dan negara-negara Islam cukup tertindas. Di bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Somalia, Sudan, Libia, Iran, India dan Chechnya, umat Islam yang sebenarnya menjadi mangsa. Malah keganasan itu adalah reaksi kepada apa yang telah mereka sifatkan sebagai keganasan terhadap mereka.
Namun Islam sebenarnya menentang keras penganasan yang tidak rasional serta pembunuhan orang yang tidak berdosa dan itulah yang disebutkan tentang keganasan.Islam adalah agama pendamaian dan akhlak.Apabila kita menyebut tentang Islam itu sendiri banyak mengajar kita tentang akhlak dan perdamaian,bukanlah bermakna ianya menolak senjata dan peperangan.Di dalam islam sendiri,ia mengajar kita tentang peperangan tetapi hal itu perlu dilakukan dengan penuh hikmah dan strategi dan apabila keadaan sangat memerlukan sahaja serta kita telah cukup persediaan barulah peperangan berlaku.Umat Islam perlulah berakhlak dan tidak bertindak ganas di dalam melaksanakan perkara tersebut.
Kalau akhlak seperti Rasulallah s.a.w sebagaimana yang ditunjukkan didalam sejarah itu dapat kita miliki,kemudian kita jadikan senjata untuk memperjuangkan islam tentu sudah lama orang bukan Islam memeluk Islam.Apatahlagi umat Islam,mereka tentu terarik untuk menghayati Islam dengan lebih sempurna.Sebab dengan akhlak yang baik semua orang suka termasuklah orang kafir sendiri.Bila mereka melihat pejuang-pejuang Islam baik-baik belaka,lemah lembut,berkasih sayang,merendah diri,bertolak ansur dan sebagainya tentu mereka akan tertanya kepada diri mereka’’Mengapa aku tidak mahu mengikut orang yang baik ini?’’Dan jawapan yang akan mereka temui ialah ‘’Inilah Islam.’’Agama yang penuh kedamaian dan ketenangan....













